DEFINISI / PENGENALAN

 

 Kanak-kanak

  1. Seseorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001

 Anak Pelihara

  1. Kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan Seksyen 30 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.

 Ibu Bapa  Peliharaan

  1. Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah ditawarkan anak pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
  2. Bertanggungjawab untuk memelihara, menjaga dan mengawal kanak-kanak yang telah ditawarkan kepada mereka.

 Anak Angkat

  1. Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253), anak   angkat bermaksud:  Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan   sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan.

 OBJEKTIF

 Ibu Bapa  Peliharaan

  1. Memberi peluang kepada seseorang atau pasangan suami-isteri yang tidak        mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul dan;
  2. Dapat menumpang dan mencurahkan kasih sayang kepada anak pelihara.

 Anak Pelihara

  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
  2. Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi; dan
  3. Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna.

 SYARAT-SYARAT

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  4. Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  6. Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  7. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  8. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

 DOKUMEN YANG  DIPERLUKAN

  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
  2. Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  5. Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  6. Lain-lain dokumen sokongan, contoh: laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.

 PERKARA- 
 PERKARA  YANG  PERLU  
 DILAKUKAN

  1. Sediakan dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan boleh dibuat secara online atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermaustautin atau tinggal

 

Permohonan yang telah lengkap akan diproses dan sesi temu duga akan dijalankan oleh PKMD/J.


 PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMU DUGA

 1.   Menilai latar belakang sosial pemohon.
 2.   Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.
 3.   Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.
 4.   Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta
       Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91)(Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry)
       Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960)yang mana bersesuaian.


 PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKM

 1.   Kelulusan permohonan anak pelihara akan dipertimbangkan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
 2.   Semua pemohon akan dihubungi menerusi surat berhubung status permohonan mereka.
 3.   Permohonan yang diluluskan akan didaftarkan ke dalam senarai menunggu bagi tempoh setahun (1 tahun) dari tarikh surat
       yang dikeluarkan.
 4.   Anak pelihara akan ditawarkan kepada pemohon yang telah diletakkan di dalam senarai menunggu setelah Mesyuarat Panel
       Penempatan Anak Pelihara bersidang.