JENIS- JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN

  1. GERAN PENTADBIRAN

Bantuan bagi menampung kos pentadbiran PSKKebangsaan dan Negeriseperti sewaan premis, utiliti dan saguhati sukarelawan (bahagian pentadbiran).

 

  1. GERAN RANGSUM

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaanmakan dan minumpenghuni.

 

  1. GERAN PEMBAIKAN

Bantuan yang diberikan kepada PSK untuk membaik pulih premis yang menjejaskan perjalanan pentadbiran dan aktiviti PSK yang menjalankan Pusat Jagaan Harian dan Berkediaman.

 

  1. ELAUN KHAS MURID OKU

Bantuan bulanan yang diberikan kepada  OKU yang mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kelolaan PSK dengan syarat-syarat berikut:

·       OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;

·       Mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran dari  Jabatan Pelajaran Malaysia;

·       Mengikuti program pemulihan OKU sekurang-kurangnya 3 jam sehari dan 3 kali seminggu;

·       OKU berumur tidak lebih dari 19 tahun; dan

·       OKU yang hadir program akademik, ADL, terapi, intervensi awal, vokasional, pemulihan anggota, carakerja dan latihan transisi.

 
ASAS PERTIMBANGAN PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN  KEPADA PSK

i. Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau di bawah Undang-Undang Tubuh lain;

ii. Pertubuhan bertaraf tempatan;
iii. Pertubuhan yang bercorak kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, penjagaan,           perlindungan dan pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan;
iv. Berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian ;
v. Tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung perjalanan program ;
vi. Mempunyai perancangan masa depan untuk menanggung kos pembiayaan program selepas tamat tempoh penerimaan bantuan; dan
vi. Telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun bagi PSK baru.