PENGENALAN
Pusat Jagaan Sinar Kasih (PJSK) adalah tempat bagi perlindungan dan penjagaan segera yang disediakan kepada wanita hamil luar nikah yang berumur 18 tahun ke atas.
OBJEKTIF
Memberi perlindungan dan penjagaan kepada wanita hamil luar nikah yang berumur 18 tahun ke atas yang memerlukan tempat perlindungan dan penjagaan atas sebab-sebab munasabah.
CARA MEMOHON
- Permohon boleh memohon sendiri dengan hadir ke PJSK atau pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah tempat tinggal pemohon bagi memohon untuk kemasukan ke PJSK yang disediakan.
- Pemohon perlu mengisi borang yang disediakan dan siasatan akan dijalankan oleh Pelindung Daerah.
- Kemasukan adalah bergantung kepada kekosongan tempat di PJSK berkenaan.