PENGENALAN

 

PESALAH MUDA

  •  Mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah.

TUJUAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

  • Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternative yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.
  • Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat.
OBJEKTIF PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
  • Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pasalah.

 

  • Pemulihan - dengan meransang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda.

 

  • Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.