DEFINISI 


Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi.
Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia.
 
 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Bahagian Kanak-Kanak Memantau pengurusan dan program yang dilaksanakan di Rumah Perlindungan yang digazetkan sebagai tempat selamat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran  (ATIPSOM Pindaan 2007) . Fungsi rumah perlindungan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada mangsa pemerdagangan kanak-kanak dan penyeludupan migran dikalangan kanak-kanak. terdapat dua buah rumah perlindungan yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun iaitu Rumah Perlindungan Rembau Negeri Sembilan (untuk kanak-kanak perempuan) dan Rumah Perlindungan Bukit Senyum, Johor (untuk kanak-kanak lelaki).
 
Perkhidmatan Yang Disediakan di Rumah Perlindungan adalah seperti berikut: 

  • Perlindungan
  • Makanan
  • Kemudahan Perubatan
  • Pembelajaran
  • Latihan Dan Kemahiran Vokasional
  • Kaunseling
  • Rekreasi

TATACARA PERLINDUNGAN

  • Pegawai penguatkuasa (Imigresen, Polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Jabatan Tenaga Kerja membawa kes-kes yang disyaki kepada mahkamah.  jika dikenalpasti sebagai kes-kes di bawah ATIP SOM mereka akan diberikan perintah perlindungan interim oleh mahkamah
  • sekiranya disahkan oleh mahkamah sebagai kes yang memerlukan perlindungan di bawah ATIP SOM, mangsa akan diberi perlindungan interim selama 14 hari untuk siasatan lanjut.
  • selapas 14 hari mangsa akan dibawa semula ke mahkamah untuk mendapat perintah perlindungan sehingga 3 bulan atau sehingga siasatan selesai
     

 

Akta AntiPemerdagangan Orang Dan AntiPenyeludupan Migran 2007

 

Suatu Akta untuk mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.

 

Pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang

Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi,ancaman terhadap mangsa yang terlibat.Eksploitasi berterusan dan berulang.

 

Penyeludupan migran ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007)

Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan keuntungan terhadap sindiket penyeludupan manusia. Kegiatan penyeludupan tamat apabila tiba di destinasi.

 

( rujuk Portal rasmi KDN )