PENGENALAN

Rumah Kanak-Kanak adalah institusi Tempat Selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001.


OBJEKTIF

Untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak disamping menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni

KATEGORI KANAK-KANAK

  • didera dari aspek fizikal, emosi, penganiayaan seks oleh ibu bapa atau penjaga;¿ akan didera dari segi fizikal atau dicedera dari segi emosi atau dianiaya dari segi seks;
  • ibubapa/penjaga kanak-kanak telah abai/ tak berupaya untuk menjalankan pengawasan & pengawalan;
  • ibu bapa atau penjaga kanak-kanak telah mengabaikan atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi   untuk kanak-kanak;
  • tiada ibu bapa atau penjaga;
  • telah dibuang oleh ibu bapa;
  • terlibat dalam perebutan hak penjagaan;
  • jalanan terlibat dengan pengemisan, membuat persembahan / menawar apa-apa untuk jualan; dan
  • menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang seperti perjudian, loteri atau sebarang aktiviti yang mendatangkan kemudaratan kepada kebajikan kanak-kanak tersebut.

KEMASUKAN
Perintah Mahkamah di bawah Perenggan 30(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001
 
TEMPOH PERLINDUNGAN

  • Selama tempoh tiga tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun mengikut mana-mana yang lebih pendek.
  • Boleh dibebaskan awal dengan meminda, mengubah atau membatal perintah.


Nota: Sila log masuk terlebih dahulu sebelum menggunakan sistem ini.

Permohonan
  1. Permohonan Cuti Keluarga
  2. Permohonan Lawatan Keluarga
Manual Pengguna
Muat turun manual pengguna