Pemulihan Orang Papa :

Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi fokus kepada golongan yang tiada tempat tinggal dan memerlukan perlindungan yang boleh ditakrifkan sebagai orang papa di bawah Akta Orang Papa 1977. Jabatan Kebajikan Masyarakat secara berkala dan ad-hoc sentiasa melakukan operasi bagi menyelamat orang papa yang terdiri daripada pengemis dan kutu rayau.

Definisi Orang Papa:

Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacauganggu atau seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Akta Berkaitan :

¿ Akta Orang Papa 1977 (Akta 183)

Institusi Berkaitan :

¿ Desa Bina Diri (DBD):
Sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang papa.


Kemasukan ke Desa Bina Diri melalui 2 cara:
1. Kemasukan secara sukarela melalui kelulusan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri dan permohonan kemasukan boleh dibuat di mana-mana  Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Syarat kemasukan
1.1       Berumur 18 tahun ke atas
1.2       Tidak mempunyai sanak saudara atau penjaga
1.3       Tiada pendapatan
1.4       Tiada tempat tinggal yang tetap
1.5       Tidak mengidap penyakit berjangkit
 
2.         Kemasukan mengikut  Akta Orang-Orang Papa 1977 melalui perintah mahkamah di bawah seksyen 3(2) dan seksyen 3(4) bagi seseorang orang papa yang diselamatkan