PENGENALAN


Defini PDK

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) didefinisikan sebagai satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial Orang Kurang Upaya (OKU). Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber. Program dibuka kepada OKU dari semua jenis ketidakupayaan dan semua peringkat umur.

SYARAT-SYARAT

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berdaftar sebagai OKU dengan JKM
  3. Telah disahkan ketidakupayaan oleh Pegawai Perubatan oleh kerajaan atau swasta

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan (12 tahun ke atas), MyKid atau Sijil Kelahiran (12 tahun ke bawah)
  2. Salinan borang perubatan (Borang Pendaftaran OKU) yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan
  3. Gambar terkini berukuran passport
  4. Salinan kad pengenalan ibubapa / penjaga
  5. Salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan
  6. Borang permohonan kemasukan ke PDK boleh dijana dalam sistem atas talian (online system)