PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)

1. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

2. PAWE disasarkan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas dan sihat serta dapat menguruskan diri.

3. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

4. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan sebanyak 45 buah PAWE di seluruh Malaysia.

5. Bagi memastikan warga emas di PAWE dapat berdikari dan berinteraksi sesama mereka dan masyarakat setempat, pelbagai aktiviti telah disediakan di pusat berkenaan seperti:

  • program keagamaan;
  • program rekreasi;
  • program terapi dan pemulihan;
  • program ceramah kesihatan; dan
  • latihan atau kursus yang bersesuaian.

6. Di samping memperolehi pengetahuan dan kemahiran daripada program / aktiviti yang diadakan, warga emas juga dapat menyumbang khidmat sukarela kepada masyarakat.

Objektif

Objektif penubuhan PAWE adalah seperti berikut:

  • program sokongan sosial / pengintegrasian warga emas bersama dengan ahli keluarga dan masyarakat setempat;
  • secara localize - menumpukan kepada kawasan perumahan, flat dan kawasan penduduk berkepadatan tinggi;
  • pusat pertemuan untuk warga emas menjalankan aktiviti dan
  • dapat menghindari kesunyian warga emas