Mengenai eJKM
Sistem/Aplikasi komputer yang dibangunkan untuk kegunaan pegawai dan kakitangan JKMM bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan JKMM.
Faedah eJKM
Menyediakan pangkalan data dan perkhidmatan JKMM secara bersepadu;
Berkeupayaan memberi maklum balas yang cepat dan tepat;
Berkeupayaan mengelakkan pertindihan data dan kerja; dan
Meningkatkan/menggalakkan kesedaran serta penggunaan teknologi ICT di kalangan warga kerja JKMM.
Latar Belakang
Projek eJKM merupkan projek pengkomputeran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) iaitu salah satu projek daripada Pelan Tindakan Strategik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Sistem yang bakal dibangunkan ini adalah Sistem Pengurusan Maklumat Khidmat Masyarakat berkomputer yang bercirikan aplikasi web yang memfokuskan kepada pengurusan 22 perkhidmatan utama yang telah dikenal pasti. Projek ini bermula pada Disember 2007 dan dijangka siap sepenuhnya di dalam tempoh 18 bulan.
Objektif utama Projek eJKM adalah untuk membangunkan sistem maklumat yang dapat meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar. Di antara objektif lain adalah seperti berikut:-
- Mewujudkan budaya kerja yang sistematik melalui peningkatan infostruktur dan infrasruktur JKMM;
- Mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur, perkongsian maklumat dan mudah dicapai mengikut keperluan;
- Mengelakkan pertindihan maklumat serta berkeupayaan menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat; dan
- Meningkatkan pembelajaran dan kesedaran ICT di kalangan pegawai JKMM.
Skop Projek
Skop Projek eJKM adalah seperti berikut:-
Pembangunan Aplikasi - Membangunkan sebuah Sistem Pengkomputeran JKM (eJKM) yang akan menyediakan 22 perkhidmatan kebajikan yang telah dikenalpasti
Migrasi Data - Memindahkan data dalam bentuk dokumen fizikal dan digital (di Ibupejabat, JKMN, PKMD) ke bentuk rekod digital yang akan disimpan di dalam pangkalan data eJKM;
Integrasi Sistem - Membangunkan antaramuka pengintegrasian di antara aplikasi eJKM dan 3 aplikasi JKMM dan KPWKM sedia ada iaitu e-Bantuan, SMOKU dan GDIS;
Pemindahan Teknologi - Menyediakan beberapa siri latihan teknikal kepada staf teknikal semasa fasa pembangunan sistem;
Latihan - Menyediakan beberapa siri latihan aplikasi kepada pentadbir aplikasi dan pengguna selepas Ujian Penerimaan dilaksanakan;
Real Application Cluster - Menyediakan RAC pada pangkalan data eJKM;
Disaster Recovery - Menyediakan pemulihan bencana bagi aplikasi eJKM; dan
Perkakasan dan Perisian - Menghantar, memasang dan menyediakan persekitaran pembangunan semasa fasa rekabentuk dan pembangunan aplikasi; dan juga menghantar, memasang dan menyediakan persekitaran produksi selepas ujian penerimaan dilaksanakan.
1. Proses kemasukan maklumat
- Permohonan Kemasukan OKU ke Institusi Kebajikan
- Pemantauan OKU yang telah tamat menjalani latihan di PLPP Bangi
- Data bagi OKU yang bekerja di Sektor Awam
2. Program Pemulihan Dalam Komuniti - Laporan data dari Pangkalan Data PDK
- Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
- One Stop Center (Pusat Khidmat Setempat PDK)
3. Pengurusan Pertubuhan Sukarela Kebajikan
4. Briged Kebajikan Perdana
5. Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (MAYANG)
6. Pengurusan Bantuan Bencana
7. Pendaftaran Pusat Jagaan
8. Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)
- TASKA Tempat Kerja
- TASKA Komuniti
- TASKA Institusi
- TASKA Rumah
9. Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi
10. Pengendalian Kes Kanak-Kanak Terlibat dengan Jenayah
11. Pengendalian Kes Kanak-Kanak Tidak Terkawal
12. Pengendalian Kes Kanak-Kanak yang Memerlukan Perlindungan dan Pemulihan
13. Pengendalian Kanak-Kanak yang Memerlukan Perlindungan dan Pemeliharaan
- Penderaan Kanak-Kanak
- Pengendalian Kanak-Kanak yang memerlukan perlindungan segera
- Pengendalian Permohonan Anak Pelihara
14. Pengendalian Kes Wanita yang Mengandung Luar Nikah (18 tahun ke atas)
15. Pengendalian Kes Anak Angkat
- Pengangkatan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952;(Rujukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara)
- Pendaftaran Anak Angkat melalui Akta Pengangkatan 1952 (Rujukan oleh Mahkamah)
16. Pengurusan Kes-Kes di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007
17. Program Khidmat Sokongan Saksi
18. Pengendalian Mangsa Keganasan Rumah Tangga dan Maklumat tempat Perlindungan disediakan
19. Pengurusan Kemasukan Warga Tua ke Institusi
20. Profil Komuniti untuk Komuniti (K 4 K)
- Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
- Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PJHWE)
- Program Khidmat Jagaan Warga Emas di Rumah (Home Help)
- Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK)
- Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)
- Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD)
21. Pengurusan Menyelamatkan Orang Papa dan Pengemis
- Menyelamatkan Orang Papa dan Pengemis, Akta Orang Papa 1977
- Perintah tahanan sementara untuk pengemis subseksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977
- Perintah tetap subseksyen 3(4), Akta Orang Papa 1977
- Permohonan sukarela seksyen 4, Akta Orang Papa 1977
22. Pengurusan Program Perintah Khidmat Masyarakat (berumur 18 hingga 21 tahun)