PENGENALAN

Akta Keganasan Rumahtangga 1994 adalah suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
  1. Permohonan Tempat Selamat
  2. Permohonan Perintah Perlindungan Sementara
  3. Permohonan Perintah Perlindungan Tetap
  4. Perkhidmatan Kaunseling
  5. Badan Pendamai
SYARAT PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN
  1. Pemohon/mangsa boleh menghantar aduan/permohonan secara atas talian. Bagi tujuan tersebut, pengguna perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.
  2. Setelah mendaftar, masukkan maklumat peribadi, maklumat berkaitan aduan dan laporan polis yang berkaitan.
  3. Setelah menghantar permohonan, pemohon akan dihubungi oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan maklumat daerah/negeri yang dimasukkan.