Pengenalan

Apakah Sukarelawan?

Sukarelawan Kebajikan dilancarkan pada tahun 1985 bertujuan untuk menggembleng tenaga sukarelawan bagi membantu Kerajaan, khususnya JKM dalam menangani masalah sosial di peringkat akar umbi.

Dalam kata lain ia bertindak sebagai mata dan telinga JKM dalam mengesan kes-kes yang memerlukan perkhidmatan dan bantuan kebajikan masyarakat, disamping menjadi sukarelawan yang peka dan komited dengan kerja-kerja kebajikan masyarakat berasaskan tujuh (7) kumpulan sasar JKM iaitu:

      i. Kanak-kanak           

    ii. Keluarga

   iii. Warga Emas            

   iv. Orang Papa 

    v. Orang Kurang Upaya (OKU)

   vi. Mangsa Bencana

  vii. Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)

Kesukarelawanan/ Kesukarelaan sering memberi fokus kepada nilai-nilai dan prinsip perkongsian, kerjasama dan tolong-menolong sesama manusia dalam melaksanakan suatu aktiviti atau menangani sesuatu permasalahan. Ianya boleh dilakukan secara perseorangan (individu), ataupun secara berkumpulan.

 

DEFINISI SUKARELAWAN DALAM KONTEKS JKM

Seseorang yang berbakti atau beri khidmat/ sumbangan secara sukarela dan mempunyai ciri ciri seperti berikut :

      i. Tanpa Paksaan

     ii. Rela Hati

    iii.  Tanpa mengharapkan ganjaran material

   iv.  Ikhlas

RASIONAL PENUBUHAN SUKARELAWAN KEBAJIKAN

      i. Selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara (DKMN)

·  Mewujudkan budaya ikram dikalangan masyarakat

    ii. Selaras dengan Wawasan 2020 negara

· Melahirkan masyarakat penyayang

   iii. SEJAJAR dengan KONSEP kebajikan tanggungjawab bersama

· Penglibatan semua pihak dalam melahirkan masyarakat sejahtera

 

OBJEKTIF SUKARELAWAN KEBAJIKAN

      i. Mewujudkan pasukan Sukarelawan Kebajikan yang sentiasa peka dan komited terhadap kerja-kerja kebajikan masyarakat;

     ii. Menggembleng seluruh tenaga ahli dalam usaha menangani gejala sosial yang berlaku;

   iii. Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong dan bantu-membantu sesama ahli dan juga dikalangan masyarakat keseluruhannya dalam menghadapi pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat dari masa ke semasa; dan

 

FUNGSI/PERANAN SUKARELAWAN KEBAJIKAN

   i. Bergerak sebagai mekanisma penyampaian khidmat yang berkesan serta berkualiti bagi menangani pelbagai masalah social di peringkat akar umbi

    ii. Bertindak sebagai satu pasukan simpanan yang tersusun dan digembleng bagi

menangani masalah social di segenap peringkat

   iii. Bergerak sebagai pasukan yang berdisiplin dalam menjalani kerja-kerja social yang menjuruskan perkhidmatan berasaskan kumpulan sasar.

   iv. Bertindak sebagai jentera pengumpulan maklumat membantu agensi kerajaan yang relevan dalam usaha penyediaan program-program yang berteraskan kepada pencegahan, pembangunan dan pemulihan kumpulan sasar.

 

SKOP PENGLIBATAN SUKARELAWAN KEBAJIKAN

Sukarelawan Kebajikan melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di peringkat negeri, daerah dan institusi serta institusi kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan. Antaranya :

  • Perkhidmatan bimbingan & kaunseling
  • Keluarga pelihara
  • Khidmat pemulihan anggota & pertuturan
  • Pendidikan moral dan akedemik
  • Program sukan, kebudayaan & kesenian
  • Program keagamaan
  • Penempatan pekerja
  • Pakej Buddy Volunteer System

 

Syarat-Syarat

BAGAIMANA MENJADI SUKARELAWAN KEBAJIKAN

      i. Mematuhi syarat- syarat menjadi ahli Sukarelawan Kebajikan seperti berikut :

· Berumur 18 tahun dan keatas

· Warganegara Malaysia

    ii. Membuat permohonan menjadi Sukarelawan Kebajikan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan atau menggunakan system atas talian (online system.)