Pengenalan

Kriteria Penasihat Mahkamah

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur tidak kurang dari 40 tahun dan tidak melebihi 75 tahun.
  3. Pemohon mempunyai kelulusan akedemik sekurang - kurang SPM/MCE/SPVM.
  4. Pemohon  fasih dan boleh menulis di dalam Bahasa Malaysia/Inggeris.
  5. Pemohon mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menjejaskan tanggungjawab sebagai penasihat mahkamah.
  6. Pemohon bukan seorang yang muflis.
  7. Pesara kerajaan/swasta yang aktif dan berpengetahuan dalam aspek perkembangan dan kebajikan kanak - kanak akan diberikan keutamaan.
  8. Pemohon adalah pemastautin di daerah/jajahan di mana lokasi Mahkamah Bagi Kanak - Kanak terletak.
  9. Hanya pesara kerajaan/swasta sahaja dibenarkan memohon.
  10. Pemohon sanggup berkhidmat di Mahkamah Bagi Kanak - Kanak pada bila-bila masa diperlukan bagi tempoh 3 tahun.
  11. Pemohon mestilah seorang yang berdisiplin dan berkomitmen tinggi.
  12. Pemohon yang berjaya diwartakan wajib menghadiri kursus yang ditetapkan.