Asrama Akhlak adalah institusi yang ditubuhkan atau ditetapkan sebagai tempat tinggal bagi kanak-kanak yang dikehendaki tinggal di situ yang ditubuhkan di bawah seksyen 61 Akta Kanak-Kanak 2001.
 
OBJEKTIF

  • Memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah (Perintah Percubaan) dan tidak terkawal
  • Mendidik kanak-kanak membina sikap  positif, membentuk peribadi yang kukuh dan melengkapkan diri dengan ketrampilan bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam  masyarakat

KATEGORI KANAK-KANAK

  • Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Asrama Akhlak,
  • Berusia sepuluh tahun ke atas,
  • Didapati bersalah atas apa-apa kesalahan selain jenayah berat, menyebabkan cedera parah, merogol, melakukan sumbang mahram atau mencabul kehormatan, kesalahan di  bawah seksyen 377B, 377C, 377D, 377E Kanun Keseksaan, dan
  • Dikehendaki untuk tinggal di Asrama Akhlak.

KEMASUKAN
Melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Perenggan  91(1)(e) atau Seksyen 46 Akta Kanak-Kanak 2001
 
TEMPOH PEMULIHAN
Selama tempoh tidak lebih dua belas bulan dari tarikh perintah tetapi boleh dibebaskan awal dengan kuasa Warden Asrama

 

Ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak-kanak, boleh membuat permohonan bertulis kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak dengan menyatakan mohon bantuan pemulihan terhadap tingkah laku yang sering dilakukan oleh anak yang tidak terkawal. Tingkah laku itu mungkin mendorong kepada bahaya jenayah atau mendorong kepada bahaya moral. Berdasarkan surat permohonan itu mahkamah akan mengarahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat / Pegawai Akhlak menyiasat keadaan sebenar dengan menyediakan satu Laporan Akhlak. Mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk bersidang dengan kehadiran pemohon, anak yang tidak terkawal dan Pegawai Akhlak. Mahkamah boleh membuat keputusan samada:

-           Memerintahkan kanak-kanak diletak dalam Pengawasan Pegawai Akhlak dalam tempoh tertentu. Satu hingga tiga tahun. Boleh juga mengenakan syarat tinggal di Asrama Akhlak tidak lebih satu tahun. Selepas tinggal di asrama kanak-kanak akan diawasi selama tempoh baki Perintah Pengawasan yang ada. Jika kanak-kanak masih mengulangi tingkah laku negatif, boleh dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

-           Menghantar kanak-kanak itu ke Sekolah Tunas Bakti selama 3 tahun. Selepas keluar dari institusi pulang ke pangkuan keluarga, kanak-kanak masih diselia oleh Pegawai Akhlak selama satu tahun. Jika melanggar syarat yang ditetapkan boleh dikembalikan semula ke institusi.